BAKAR KAPAL, Cabar Diri Untuk Lonjakan Potensi Diri

Saya menulis artikel ini di dalam rumah penginapan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, KL Plaza. Ini adalah hasil ‘tuaian’ bertahun-tahun saya bersama isteri membayar keahlian Kelab Percutian Berjaya. Saya mendapat tawaran untuk keahlian ini pada zaman awal-awal saya berkahwin. Pada ketika itu isteri saya mendapat panggilan daripada seorang telemarketer mengatakan bahawa kami mendapat hadiah percuma menginap 3 hari 2 malam di hotel milik Berjaya Hotel.

Pada ketika itu zaman awal-awal, zaman muda. Masih tidak tahu apakah trik-trik telemarketer terutamanya kumpulan hotel sebegini. Pada ketika itu amat teruja mendapat baucer percuma. Kami langsung ke tempat yang dinyatakan di Lumut, Perak. Pada ketika itu mereka meminta kami mendengar taklimat selama 45 minit mengenai Berjaya Vacation Club (BVC) ini. Pada ketika itu memang saya ini adalah manusia yang amat sibuk. Mencari peluang untuk bercuti bersama isteri pun sukar. Selepas mendengar taklimat itu, kami berdua membuat keputusan menyertai keahlian ini atas alasan memaksa saya untuk bercuti.

Melalui keahlian ini setiap tahun kami mendapat peruntukan 7 malam menginap di mana-mana hotel milik Berjaya Hotel secara percuma. Jumlah itu akan hanya dapat dibawa ke hadapan selama 3 tahun iaitu sehingga 21 hari jika tidak digunakan. Selepas itu apa-apa sahaja lebihan hari akan dikira lupus. Alhamdulillah selepas itu saya istiqamah bercuti 7 hari setahun, namun dalam masa 3 tahun yang lepas di atas kesibukan. Tambahan pula ayahanda sakit pada tahun 2010 dan bonda pula jatuh sakit selepas ayahanda sembuh pada tahun 2011. Keahlian saya sudah dilupuskan 14 hari. Jadi pada hari ini selepas 3 tahun kami menggunakan kembali keahlian itu.

Belum cukup dengan itu, untuk menambahkan ‘tekanan’ lagi kepada saya supaya bercuti. Kami mengambil satu lagi Palace Vacation Club untuk tambahan lagi 7 hari menginap percuma di hotel-hotel milik Mines Resort setiap 2 tahun. Ini pakejnya lebih menarik kerana kami memperoleh 2 bilik penginapan bagi setiap malam kami menginap. Ini diambil kerana mengambil kira kami ini sering ke mana-mana bersama ayanda dan bonda. Kadangkala bersama bonda mertua dan adik ipar. Inilah cara-cara ‘BAKAR KAPAL’ yang seringkali saya ceritakan kepada peserta bengkel kendalian saya.

Bakar Kapal?

Bakar Kapal?

Bakar Kapal

Apabila menyebut mengenai BAKAR KAPAL, tentu orang berkata apa yang menariknya mengenai istilah BAKAR KAPALini? Apalah Fauzul, kapal mana yang mahu dibakar?

Konsep BAKAR KAPAL ini saya adaptasi daripada kisah bagaimana tentera perang Islam berjumlah 12,000 orang diketuai oleh Thariq Bin Ziyad menentang 100,000 tentera Visigoth pada ketika mereka menawan kota andalusia. Pada ketika Thariq diarahkan oleh komandannya pada ketika itu membawa tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan daratan Eropah untuk menyerang Sepanyol.

Mereka menyeberang selat itu dengan kapal-kapal ‘anugerah’ Gabenor Ceuta. Ia amat mengejutkan penguasa tempatan pada ketika itu kerana mereka tidak menyangka ada serangan daripada laut.Jumlah 100,000 orang tentera Sepanyol itu menggerunkan para tentera Islam. Melihat situasi itu, Thariq berdiri di atas sebuah bukit karang yang selepas itu diletakkan namanya sebagai Jabal Thariq (sekarang dikenali sebagai Gibratar). Beliau menyampaikan pidato jihad beliau di atas sana.

Di atas batu karang yang dikatakan setinggi 425 m itu, beliau mengeluarkan arahan yang mengejutkan semua tentera Islam. “BAKAR SEMUA KAPAL!”. Kata-kata itu amat mengejutkan hingga ada yang mempersoalkan. “Mengapa engkau berkata sedemikian waha
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Thariq berpidato dengan tenang dan dengan penuh semangat “Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada kita berjaya menaklukkan negeri ini dan menetap di sini. Ataupun kita semua mati syahid”

Kata-kata ini mengobarkan semangat para tentera Islam. Ia seumpama obor yang menyalakan semangat juang para tentera Islam, mereka mara menuju 100,000 tentera Kristian. Walaupun serba kekurangan daripada semua sudut, jumlah tentera dan peralatan perang.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur berdekatan muara sungai Barbate. Panglima Thariq memecahkan pasukannya kepada 4 kumpulan dan mereka bergerak berasingan ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Beliau dia mengetuai pasukan utamake Toledo, ibu kota Sepanyol. Kesemua kota itu menyerah diri tanpa perlawanan sengit. kehebatan strategi dan kecepatan gerak pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik.

Raja Roderick, pemimpin tentera Sepanyol sendiri sudah tewas sungai Barbate awal-awal lagi. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Konsep BAKAR KAPAL

Semangat inilah yang saya adaptasikan dalam bengkel-bengkel INSAN SUPER, bagaimana kita sebagai manusia perlu ada yang mencabar potensi pada diri kita. Apabila kita mencabar, potensi itu akan dilonjakkan ke satu tahap luar biasa di luar daripada pemikiran kita.

Perkara ini sudah sekian lama menjadi amalan saya sejak zaman mahasiswa, hingga ke zaman kerjaya sebagai penerbit dan kemudiannya menjadi jurulatih dan inspirator sepenuh masa sekarang. Pada zaman mahasiswa saya sentiasa BAKAR KAPAL untuk mencabar diri saya bagi melonjakkan potensi diri saya. Zaman awal sebagai pelajar Asasi Sains, saya mencabar diri menjadi pengarah projek terbesar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pada ketika itu, walaupun ada kelemahan di sana dan di sini, ia boleh dikatakan berjaya.

Kemudian menyertai beberapa projek anjuran Kolej Kediaman Kelima, tempat penginapan saya selama 2 tahun berada di Universiti Malaya. Kemudian BAKAR KAPAL lagi dengan menyertai Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, menjadi antara calon termuda dalam sejarah di Universiti Malaya memenangi kerusi umum kampus. Kemudian melangkah masuk ke dalam dunia penerbitan buku pada usia mentah. Dunia yang dahulunya dikatakan tidak seksi. Menjelajah bersama pasukan PTS, meredah onak duri hingga sekarang diiktiraf sebagai antara penerbit buku paling agresif di Malaysia.

Tahun 2012, adalah langkahan BAKAR KAPAL terbaru. Melangkah ke dalam dunia latihan secara sepenuh masa. Bertatih, berjalan dan mula berlari. Konsep ini kelihatannya amat drastik, namun impaknya maksimum kerana tidak ada jalan berpatah balik. Namun walauapapun langkah BAKAR KAPAL Anda, kita perlu melangkah dengan penuh strategi. InsyaAllah saya akan perincikan strategi BAKAR KAPAL di artikel akan datang. Bacalah dengan nama Tuhanmu..

Please note: I reserve the right to delete comments that are offensive or off-topic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *