Archive by Author

Takdir Boleh Berubah Selagi Manusia Mahu Berubah

Takdir Boleh Berubah Selagi Manusia Mahu Berubah

Posted on 25. Jul, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Saya tertarik dengan satu mesej yang tertulis pada kotak mesej ringkas blog ini yang menunggu kemaskini laman web ini. Barulah saya sedar bahawa betapa lamanya saya tidak mengemaskini laman web kesayangan saya ini. Banyak perkara berlaku daripada tarikh akhir saya mengemaskininya (17 April 2010). Sekarang sudah 25 Julai 2010. Sudah lebih 3 bulan saya tidak [...]

Continue Reading

Terlalu Banyak Hendak Coret Hingga Tidak Tercoret

Terlalu Banyak Hendak Coret Hingga Tidak Tercoret

Posted on 17. Apr, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Apabila melihat artikel terakhir yang diletakkan di laman ini baharu ku sedar bahawa sudah lama tidak menurunkan sebarang coretan di sini. Bersawang sangat laman web ini hingga mungkin jika ada yang melawat terfikir “malasnya pemilik laman web ini”. Sebenarnya terlalu banyak hendak dicoretkan di sini. Ini menyebabkannya sukar untuk dicoret. Daripada coretan terakhir terlalu banyak [...]

Continue Reading

Terharu, Pilu dan Sedih

Terharu, Pilu dan Sedih

Posted on 09. Feb, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

1

Alhamdulillah, sudah seminggu berakhir Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Bengkel yang julung-julung kali diadakan dan merupakan bengkel pertama yang dianjurkan oleh Akademi Penulis tahun 2010. Seramai 38 orang peserta yang menyertainya. Asalnya seramai 75 orang mendaftar diri namun pada saat-saat akhir ia berkurangan kerana ada peserta menarik diri atas sebab-sebab [...]

Continue Reading

Pak Agus Mustofa dan Bengkel Penulis Super

Pak Agus Mustofa dan Bengkel Penulis Super

Posted on 29. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Apabila orang membawa artikel ini tentu orang tertanya-tanya apa kesamaan di antara Pak Agus Mustofa dan Bengkel Penulis Super. Saya sebenarnya baru sahaja pulang dari Surabaya. Alhamdulillah perjalanan menjejaki dunia perbukuan Surabaya ini berjaya mempertemukan saya dengan seorang tokoh tasauf moden Indonesia, Bapak Agus Mustofa. Bapak Agus Mustofa ini menarik latar belakangnya. Seorang lulusan universiti [...]

Continue Reading

Menjejak Dunia Perbukuan Kota Kedua Terbesar Indonesia: Surabaya

Menjejak Dunia Perbukuan Kota Kedua Terbesar Indonesia: Surabaya

Posted on 26. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Saya berada di tingkat9, Hotel IBIS Rajawali, Surabaya. Semalam kami tiba di kota kedua terbesar Surabaya jam 12.25 tengah hari waktu Indonesia Barat. Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. Kapal terbang tertunda setengah jam kerana terdapat 7 penumpang yang daftar masuk namun mereka tidak wujud di dalam kapal terbang. Pihak AirAsia terpaksa mengambil masa [...]

Continue Reading

Rakan-rakan Dalam Kenangan

Rakan-rakan Dalam Kenangan

Posted on 17. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

1

Hari ini saya melayari beberapa laman web bagi mengisi masa lapang di rumah. Saya tertarik dengan satu tajuk artikel di EraPakatan.Com, sebuah laman akhbar alternatif. Peguam Syarie Teraju Baru AMK Sarawak. Saya mengklik artikel itu dan terus terpampang satu wajah yang amat biasa. Seperti ku kenal wajah ini. Apabila membaca selanjutnya, memang betul ia milik [...]

Continue Reading

Pemimpin dan Pengurus Samakah Ia?

Pemimpin dan Pengurus Samakah Ia?

Posted on 14. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Alhamdulillah, hari ini dapat juga menjengah laman web ini bagi berkongsi info dengan para pelawatnya. Saya baru sahaja pulang daripada menghadiri program bengkel kepimpinan dan pengurusan anjuran Kumpulan PTS. Ia diadakan daripada 11 hingga 13 Januari 2010 di As-Sakinah Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang. Program kendalian seorang jurulatih berpengalaman, Tuan Nazlim Lim Abdullah. Beliau adalah [...]

Continue Reading

Pendapatan Pengarang Buku Lebih Baik Daripada Penyanyi

Pendapatan Pengarang Buku Lebih Baik Daripada Penyanyi

Posted on 05. Jan, 2010 by Fauzul Na'im Ishak.

1

Hari ini merupakan hari kedua kita bekerja bagi mereka yang bekerja secara rutin bermula hari Isnin. Jejak-jejak langkah kita di dalam tahun 2010 sudah hampir seminggu berlalu. Tentu ada yang berkira-kira apakah ruang yang dapat dijelajahi bagi menjana pendapatan yang lebih. Ada yang terfikir hendak menjadi seorang usahawan. Namun apakah bisnes yang ingin diceburi? Bisnes [...]

Continue Reading

‘Defragment’ Minda Sebelum Tahun Baru

‘Defragment’ Minda Sebelum Tahun Baru

Posted on 31. Dec, 2009 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Tinggal dua hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2010. Pelbagai perkara bermain di dalam minda setiap insan yang bernama manusia bagi menempuh tahun baru ini. Ada yang berkira-kira hendak membuka bisnes sendiri, mencari kerjaya baru, mahu kahwin (untuk yang bujang), menghantar anak ke sekolah baru, azam baru dan pelbagai lagi. Bagi diri saya, [...]

Continue Reading

Semangat Setiakawan Penting Dalam Organisasi

Semangat Setiakawan Penting Dalam Organisasi

Posted on 30. Dec, 2009 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Alhamdulillah saya bersama keluarga baru sahaja selesai menganjurkan kenduri kesyukuran dan akikah puteri saya Nur ‘Aisyah Humaira’ yang baru berusia 7 bulan. Kenduri ini bersempena banyak perkara. Akikah puteri saya dan adik saya, kesyukuran kejayaan syarikat milik saya Fauzul Na’im Sdn. Bhd., perkembangan Kumpulan PTS, kesyukuran sepupu saya yang baru memperoleh 9A dalam PMR dan [...]

Continue Reading