Archive for March, 2008
Daripada Menjadi Panelis Forum Kepada Menjadi Penceramah Bengkel
Posted on 31. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Alhamdulillah hari 29 Mac 2008 tempoh hari saya berjaya menghadirkan diri sebagai salah seorang panelis forum bagi Bengkel Dakwah Kitabah anjuran HELWA Angkatan Belia Islam Selangor. Saya diminta oleh Puan Ainon Mohd bagi menggantikan beliau menjadi ahli panel forum tersebut. Berdasarkan idea asal hanyalah sebagai panelis forum bersama dengan Puan Sri Diah, Editor Kanan Akhbar [...]
Continue Reading
Jurulatih Menjadi Panelis Forum Anjuran ABIM di Klang
Posted on 28. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
En. Fauzul Na’im Ishak menjadi panelis forum bersempena Bengkel Penulisan Islami anjuran HELWA ABIM Selangor. Topik perbincangan adalah ciri-ciri pemilihan karya dalam sesuatu penerbitan. Antara panelis yang turut sama adalah : Puan Sri Diah, Editor Kumpulan Karangkraf Puan Hajjah Saadah Haji Taib, Ketua Editor Blue-T Publications Sdn Bhd Perincian tempat dan masa adalah seperti berikut [...]
Continue Reading
Kelantan Yang Cinta Ilmu
Posted on 28. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Alhamdulillah hari ini saya dapat juga berada di hadapan komputer dan menulis sedikit perkongsian minda di sini. Sudah beberapa hari sambungan internet di rumah saya menghadapi kesukaran membuang sambungan. Ini menyebabkan banyak perkara yang saya rancang dalam minggu ini tertangguh. Saya sudah membuat laporan kepada pihak telekom mengenai perkara ini dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya [...]
Continue Reading
Bumi Kelantan : Terserlah KeIslamannya!
Posted on 21. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Saya sekarang berada di Kota Bharu di bumi Kelantan yang diberikan jolokan serambi Mekah. Saya berada di sini bagi memenuhi satu temu janji dengan seorang tokoh besar Kelantan. Siapa? Nantikan artikel mengenainya dalam masa terdekat. Saya punya temu janji bersama beliau pada hari Ahad ini, namun begitu saya mengambil peluang bercuti bersama keluarga di sini. [...]
Continue Reading
Hi Tea Bersama Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia 28 Mac 2008
Posted on 17. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Pihak Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) menjemput mana-mana individu berminat bagi menyertai pertubuhan ini ke majlis Hi Tea Bersama TAMRIN berdasarkan butiran berikut : Tarikh : 28 Mac 2008 Masa : 3 hingga 6 petang Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh rujuk di laman web [...]
Continue Reading
Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Menjemput Ke Hi Tea Bersama TAMRIN 28 Mac 2008
Posted on 17. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN dalam proses penubuhannya. TAMRIN digagaskan dalam pertemuan kali pertama protemnya pada 8 Februari 2008. Dalam pertemuan tersebut, seramai lebih daripada 15 orang para perunding latihan dan motivasi tersohor negara berkumpul di Wisma Belia MAYC, Kuala Lumpur bagi berbincang mengenai penubuhan dan hala tujunya. Antara yang [...]
Continue Reading
Pilihanraya, Satu Pertandingan Ayat & Kata-kata
Posted on 17. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Pilihanraya baru sahaja selesai diadakan pada hari Sabtu lalu. Kita sudah mengetahui siapa yang menang, siapa yang kalah. Para penganalisa politik adalah orang yang paling ‘laku’ dalam forum-forum rasmi dan tidak rasmi. Setiap hari apabila kita membuka radio ataupun televisyen pasti terlihat wajah-wajah mereka. Ada yang bernada marah, ada yang sejuk, ada yang rasional, ada [...]
Continue Reading
Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!
Posted on 14. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Bagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu. Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya [...]
Continue Reading
Saya Menulis Satu Judul Buku Satu Hari
Posted on 06. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Saya bertemu dengan beberapa orang rakan penerbit dan penulis penulis di Pesta Buku Islam Jakarta 2008 baru-baru ini. Mereka ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai dunia penerbitan mereka di sana. Apabila melihat kepada rangkaian judul dan jumlah buku yang besar, kita dapat menjangkakan bahawa komuniti pengarang di sana adalah jauh lebih maju [...]
Continue Reading
Jakarta Bumi Mewah Ilmu
Posted on 05. Mar, 2008 by Fauzul Na'im Ishak.
Islamic Book Fair Jakarta tidak pernah tidak, mengagumkan minda ilmu saya. Mengapa? terhampar satu pemandangan indah dunia ilmu yang menyebabkan minda pemikir segar dengan ruang pandang baru ilmu. Setiap tahun saya tidak pernah terlepas mengikuti jelajah ilmu di Islamic Book Fair Jakarta. Peluang memandang, menelaah, meredah lautan ilmu para karyawan yang penuh konsep dan makna. [...]

