Archive for December, 2007

Stres!! Stress!! Stress!!

Posted on 16. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

3

Stres betul saya pagi ini. Mengapa? Komputer riba saya buat hal. Pagi ini ketika saya bersemangat hendak memulakan sesuatu yang penting, tiba-tiba air yang berada di sebelah komputer tertumpah ke atasnya. Wahh!!! memang stres, terus tutup dan lapkannya. Selepas dikeringkan dan dibiarkan beberapa lama, komputer riba tersebut cuba dibuka. Alhamdulillah menyala, tetapi apabila menaip kata [...]

Continue Reading

Hari Ini Jurulatih Di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur, Gombak

Posted on 15. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Hari ini saya akan berada di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur, Gombak bagi mengendalikan bengkel penulisan remaja. Bengkel ini adalah anjuran bersama PTS Millennia Sdn Bhd dan Kelab Remaja JIM. Pihak PTS Millennia merancang bagi menghasilkan beberapa produk baru remaja bagi 2008. Bengkel ini adalah salah satu daripada program di bawah program pembangunan manuskrip bagi [...]

Continue Reading

e-Kedai.net Versi Baru & PNM

Posted on 14. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

2

Beberapa hari ini, selain daripada kerja pengurusan di PTS Millennia Sdn Bhd saya agak sibuk mereka semula rupa bentuk laman web e-Kedai.net. e-Kedai.net baru sahaja dinaik taraf ke versi baru. Dalam versi baru ini pelbagai antara muka baru yang menarik dan menyebabkan orang pun lagi tertarik. Antara muka yang lebih mesra pelanggan. Kesibukan mengendalikan beberapa [...]

Continue Reading

Kalau Orang Tak Masuk Kedai, Teruklah Cashflow!

Posted on 11. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Lama juga saya tidak mengemaskini laman ini. Kekangan masa, kekangan bebanan kerja, kekangan cita-cita membara dan banyak lagi. Ada orang bertanya dengan saya, mampukah saya membuat banyak perkara dalam satu masa. Jawapan saya, “Boleh!” cuma perlu perancangan dan koordinasi kerja efektif. Saya ingin menyambung cerita saya dengan Tuan Haji Fakeer tempoh hari. Satu lagi perkara [...]

Continue Reading

18 Novel Sebulan! Yang Mana Orang Mahu Pilih?

Posted on 07. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

1

Pagi tadi saya duduk bersama pengedar terbesar novel Malaysia, Tuan Haji Fakeer, pemilik Sykt Fajar. Beliau menceritakan saat-saat gemilang dunia novel satu masa dulu. “Dahulu, saya ambil satu-satu novel sampai 10,000 naskhah. Ada yang saya ambil sampai 20,000 naskhah” Cuba bayangkan betapa hebatnya dunia novel pada masa itu. Ini adalah zaman Alaf 21 mula menguasai [...]

Continue Reading

Ayat-ayat Cinta Sudah Difilemkan & Bakal Ditayangkan

Posted on 05. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

2

Apabila orang bertanya adakah saya meminati karya-karya tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Dengan spontan saya akan menjawab “Ya!”. Saya ‘bercinta’ dengan karya Habiburrahman selepas cinta pandang pertama dengan karya Ayat-ayat Cinta. Pada ketika itu adalah lawatan pertama saya ke Indonesian Book Fair sekitar tahun 2005. Pertama kali membawa PTS ke Indonesia. Saya bersama En. Arief berbincang dan [...]

Continue Reading

Sinar Terang Buat Dunia Komik

Posted on 04. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Pagi tadi saya bersama ahli pasukan editor perolehan PTS Millennia Sdn Bhd duduk berbincang dengan saudara Ramji Rabi, Penolong Pengurus MPH Bookstores. Perbincangan menjurus kepada perancangan yang bakal dibuat oleh PTS Millennia Sdn Bhd bagi 2008. Ini memang sudah menjadi salah satu rutin kerja bagi pasukan editor perolehan PTS M membuat penyelidikan bagi mengetahui trend [...]

Continue Reading

Apabila Menangis Langsung Meletup!

Posted on 03. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

2

Tempoh hari ketika berada di Jakarta, semasa berbincang dan berbicara dengan rakan editor Penerbit Hikmah, Mas Iqbal, antara perkara dibangkitkan adalah mengenai karya ‘Laskar Pelangi‘ yang tiba-tiba menjadi meletup kembali di pasaran Indonesia. Sebelum ini ia diterbitkan pada 2006 dan pernah menjadi bestseller. Sekarang meletup kembali. Ia bertitik tolak daripada sebuah rancangan bicara buku ala [...]

Continue Reading

Minggu Yang Tenang

Posted on 02. Dec, 2007 by Fauzul Na'im Ishak.

0

Hujung minggu yang cukup tenang. Masa untuk menyegarkan kembali minda. Hari ini Kumpulan PTS mengadakan program perkelahan tidak rasmi di Janda Baik. Ramai juga ahli keluarga PTS dan ahli bersekutu (keluarga mereka) yang hadir. Cukup meriah. Dengan riuh pikuk suara kanak-kanak, kemeriahan suasana amat terasa. Bunyi air sungai yang mengalir, sekali sekala dikocak oleh manusia [...]

Continue Reading