Selamat Datang

Salam persahabatan, salam RE-CODE kepada para pelawat laman web saya ini.

Laman web ini adalah coretan minda yang diterjemahkan daripada pengalaman hidup sejak diri saya mengingati dunia. Daripada seorang pelajar, kepada seorang mahasiswa, seorang editor perolehan, seorang pengurus penerbitan, seorang pengurus besar penerbitan, seorang pemilik syarikat, seorang jurulatih bengkel penulisan dan seorang trainer program pembangunan potensi diri.

Segala catitan di sini adalah pandangan peribadi. Apa yang baik jadikanlah panduan dan yang buruk jadikan sempadan. Tulisan tinta ilham Yang Maha Kuasa. Layarilah, hayatilah dan kajilah.

"Bacalah! Dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan dan menciptakan alam" Surah Al-Alaq ayat 1.

KLIK DI SINI

Fauzul Na'im IshakNama saya Fauzul Na'im Ishak. Seorang insan banyak alam. Di siang hari, hari bekerja, saya adalah Pengurus Besar Penerbitan di Kumpulan Syarikat Penerbitan PTS. Di malam hari, seorang suami dan bapa kepada 3 orang cahaya mata yang comel. Di hujung minggu atau hari-hari tertentu seorang usahawan dunia latihan dan pembangunan potensi diri.

Memiliki sebuah syarikat bernama FINE Academy. Syarikat perunding latihan yang mempunyai 4 divisyen utama di bawahnya iaitu Akademi Penulis, Akademi Usahawan, Akademi Protokol dan Book Pro Publishing Services

Saya amat suka berkongsi pelbagai perkara dalam hidup saya dengan orang lain. Saya berpandangan ia boleh dimanafaatkan oleh mereka yang berfikir. Dalam cerita kehidupan kita pasti ada mutiara yang mampu dicanai dan digubah oleh orang lain dalam kehidupan mereka. Dalam ilmu kita ada ilmu orang lain maka berkongsilah. Saya cukup terinspirasi dengan kata-kata Steve Jobs dalam ucapannya di majlis graduasi Universiti Stanford

You can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life
Titik-titik yang kita tuliskan pada setiap saat, setiap minit, setiap hari, setiap minggu, setiap tahun dan setiap zaman adalah proses mewarnai hidup kita. Kita boleh dan mampu memilih apakah warna yang kita ingin gunakan. Kanvas sudah tersedia, maka warnailah ia. Warna-warna hidup itu yang saya sajikan kepada semua dalam penulisan blog ini.

Daripada Blog

Dr. Faisal Tehrani

Pengharaman Buku PTS: Teguran untuk Pihak Berkenaan

Hari ini saya membaca satu tajuk artikel dalam MalaysiaKini "Penerbit pertahan novel 'haram' Faisal Tehrani". Saya tersenyum sendiri. Novel ini adalah … [Read More...]

Ombak Rindu, filem adaptasi karya novel yang sekarang 'pecah panggung' dengan kutipan jutaan ringgit

Adaptasi Novel ke Filem: Coretan Pengalaman

Ombak Rindu adalah filem terbaru hasil adaptasi novel kepada filem. Ia dikatakan mencatatkan jualan jutaan ringgit dalam beberapa hari tayangan. Akibat … [Read More...]

kubur

Tip Re-Code 25 November 2011: Mati Motivasi Terhebat

Lama saya tidak mengemaskini laman web ini, atas beberapa "bangau" yang menyebabkan saya tidak berkesempatan melakukannya. Alhmdulillah kehidupan berjalan … [Read More...]

Hubungi Saya

  • Isikan nama mengikut Kad Pengenalan
  • Mulakan dengan 6 dan disertakan nombor telefon
  • Silih pilih salah satu